Senin, 29 Juni 2015

Sejarah Nusantara


Sejarah Nusantara adalah peristiwa-peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang berdiri di Nusantara atau Dunia Melayu yaitu di Negara  Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Republik Indonesia. Umumnya, sejarah rantau ini dibagi kepada zaman purba atau prasejarah, zaman kerajaan Hindu Buddha, zaman kerajaan Islam dan akhirnya zaman kolonial. Selepas zaman kolonial, Nusantara berpecah kepada beberapa negara yaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Timor Timur.

Zaman prasejarah

Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun 2500 SM dan 1500 SM.
Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.
Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)







Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara.




Candi Borobudur di pulau Jawa merupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di Nusantara.

Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.



Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.

Sumatera
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Keritang
Kerajaan Melayu Jambi/Kerajaan Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi
Kerajaan Sekala Brak

Semenanjung Melayu
Kerajaan Gangga Negara
Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Pan Pan
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Chi Tu/Kerajaan Tanah Merah

Jawa
Kerajaan Salakanagara
Kerajaan Tarumanagara
Kerajaan Sunda Galuh
Kerajaan Isyana
Kerajaan Kalingga
Kerajaan Mataram Kuno (Hindu)
Kerajaan Medang
Kerajaan Kahuripan
Kerajaan Kediri
Kerajaan Kanjuruhan
Kerajaan Janggala
Kerajaan Jawa Dwipa
Kerajaan Singhasari
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Pajajaran
Kerajaan Blambangan
Kerajaan Sailendra
Kerajaan Sanjaya

Borneo
Kerajaan Kutai
Kerajaan Po Ni
Kerajaan Banjar
Kerajaan Negara Daha
Kerajaan Negara Dipa
Kerajaan Tanjung Puri
Kerajaan Nan Sarunai
Kerajaan Kuripan

Vietnam
Kerajaan Champa


Kerajaan Islam (1500 - sekarang)




Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara




Masjid Baitul Rahman, Bandar Aceh. Aceh merupakan pusat tumpuan penyebaran Islam setelah kejatuhan Melaka.

Islam mula menapak di Nusantara sekitar kurun ke 11 menerusi Sumatra apabila kerajaan Pasai memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.

Pada kurun ke 14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kesultanan Aceh di Sumatra. Pada lewat kurun ke 15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Barat.

Sumatra
Kepaksian Sekala Brak
Kesultanan Aceh
Kesultanan Asahan
Kerajaan Kemuning
Kerajaan Batin Enam Suku
Kerajaan Indragiri
Kesultanan Riau-Lingga
Kesultanan Deli
Kesultanan Jambi
Kesultanan Kota Pinang
Kesultanan Langkat
Kesultanan Pagaruyung
Kesultanan Palembang
Kesultanan Serdang
Kesultanan Siak Sri Inderapura
Kerajaan Pasai
Kesultanan Perlak

Semenanjung Melayu
Kerajaan Naning
Kerajaan Negeri Sembilan
Kerajaan Perlis
Kesultanan Johor
Kesultanan Kedah
Kesultanan Kelantan
Kesultanan Perak
Kesultanan Pahang
Kesultanan Patani
Kesultanan Selangor
Kesultanan Terengganu
Kesultanan Melaka

Jawa
Kesultanan Banten
Kesultanan Cirebon
Kesultanan Demak
Kesultanan Pajang
Kesultanan Mataram
Kesultanan Kartasura
Kerajaan Sumedang Larang
Kasunanan Surakarta
Kesultanan Yogyakarta
Mangkunagaran
Kadipaten Pakualaman

Borneo
Kesultanan Banjar
Kesultanan Bulungan
Kesultanan Brunei
Kesultanan Kutai
Kesultanan Sambas
Kerajaan Tanjungpura
Kesultanan Pontianak
Kesultanan Pasir Balengkong
Kesultanan Gunung Tabur
Kesultanan Sambaliung

Sulawesi
Kerajaan Luwuk
Kerajaan Wajo
Kesultanan Bone
Kesultanan Buton
Kesultanan Gowa
Kesultanan Soppeng

Filipina
Kerajaan Manila
Kesultanan Maguindanao
Kesultanan Sulu

Maluku
Kesultanan Ternate
Kesultanan Tidore
Kesultanan Jailolo
Kesultanan Bacan
Kerajaan Tanah Hitu

Nusa Tenggara
Kesultanan Bima
Kesultanan Dompu
Kesultanan Samawa

Zaman Penjajahan Eropa



Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ketangan Sepanyol dan dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah dimana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa negeri mengikut penjajahnya.


































Tidak ada komentar:

Posting Komentar